Friday, September 21, 2007

r a m a d h a n

memBAZIRrrr!...ianya tercipta apabila wujudnya keperluan yang melebihi dari yang sepatutnya...jarang sekali wujud perkataan atau kata imbuhan tambahan ter- pada kata asas -bazir-...sebabnya agak sukar manusia ter-bazir sesuatu melainkan betul2 luar biasa keadaan itu [berdasarkan pengalaman saya]. Jikalau imbuhan mem- atau pem-an atau pun di-kan selalu lagi keraplah kita temui malah rasai sejak dari kita semua mengenali kewujudan keperluan diri...betul atau tidak hanyalah anggapan hati kecil saya saja...terpulang kepada individu samada untuk setuju atau tidak. Bagaimana jikalau saya katakan ramadhan adalah bulan yang agak memBAZIRrrr...haha bunyi siulanku kali ini agak sumbang tapi itulah fakta ajaib lagi memeningkan yang sedang berlaku, telah berlaku dan akan terus berlaku. Mengapakah? tidakkah lebih sinonim dan selari kiranya bulan ramadhan dipenuhi dengan amal ibadat, sedekah jariah, taddarus, tahajjud dan berJIMAT CERMATtt...bukan membazir...kan fakta terakhir tue agak sumbang. janggal lagi tidak sesuai untuk dipadankan dengan ethics atau amalan selebihnya yang seharusnya dipergiatkan di bulan ramadhan...kalau bulan2 biasa shopping barang2 dapur biasanya 2minggu sekali or paling kurang pun hujung bulan tapi kalau ramadhan menjelma, tiap2 hari pergi shopping...huaaa banyak tue. Jikalau bulan2 biasa tong sampah lambat betul nak penuh tapi kalau bulan ramadhan memberi salam, huhh belum sempat seminggu dah melimpah keluar...kesian pakcik bandaraya kena ambil extra time bekerja...jikalau bulan2 biasa purata berat tulang kering+daging biasanya agak maintain dan julatnya sedikit kecil tapi pabila ramadhan berteriak memberitahu kedatangannya, mulalah nak salahkan mesin penimbang berat..dibilang sudah rosak atau pun 'something wrong with this machine' ..haha siapa yang kurang benar sebenarnya?...jikalau bulan2 biasa cukup jer pinggan mangkuk untuk makan bersama tapi bila ramadhan menggantikan sya'ban, mulalah terdengar suara " kassimmm, pegi kedai dua ringgit kat depan nun hahh belikan 5 set lagi pinggan mangkuk sama gelas...dah xcukup larr"...aduhhh...jikalau bulan2 biasa kat atas meja makan tueh sentiasa bersih je tapi bila bulan ramadhan confirm diumumkan oleh pemegang mohor2 besar di Raja, huh berderet2 pinggang mangkuk yang dah expired berhari2 pun ada sekali [jarang sekali berlaku untuk sesiapa yang dh berfamily]...mengapakah?cuba sintesiskan tindakan kita ini bila ramadhan berakhir nanti...akan bertambah baik, sama dan xberubah2 or lebih mendurum jatuh...insyaallah curilah, rampaslah dan kidnap lah peluang sempena ramadhan yang penuh barakah ini untuk mentarbiah hati dan jiwa kita ke arah yang sepatutnya...ke jalan yang di rahmati. insyaallah sama berusaha...masih belum terlewat....

sekiranya anda terkesan kearah positif, insyaallah ianya datang dari Allah, dan yang rapuh dan lemah itu lahir dari diri saya sendiri...salam Ramadhan

Sunday, September 9, 2007

erkk...

salam...xder mood nak update, just sedikit reminder ntok saya, anda si pembaca juga untuk rakan2, pakcik makcik, tok ayah, mak ngah, pak su n pak long dan umat islam sedunia....

" cukuplah Allah menjadi pelindung kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." Al-Furqan:58

Friday, August 3, 2007

b o s s...

Semoga anda semua masih dibawah lindungan rahmah, menikmati kemanisan iman+islam...insyaAllah.Mulakan hari ini dengan memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyebabkan kita berasa tersinggung, kecil hati atau sedih. Siapalah kita dan di manalah tahap kita untuk tidak memaafkan insan lain sedang Allah sendiri Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...walhal Muhammad s.a.w juga memaafkan. Mudah bukan? beranggap baiklah terhadap insan yang menyakiti kita...mungkin beliau kurang peka terhadap perasaan orang lain, mungkin juga dia sendiri banyak masalah tanpa menyedari dia sendiri telah memberi masalah kepada orang lain. Kehadiran si"pemberi masalah" atau si"penyakit hati" hanya lah untuk menguatkan diri kita sebenarnya...menaik tarafkan kita setingkat lebih tinggi...dengan syarat cara kita mengadaptasi ke'sakitan' itu betul. Bersyukur jika anda berjaya reverse physco situasi sukar itu kepada membaikkan diri sendiri...tapi amatlah rugi kiranya situasi itu menyebabkan nanah lebih membusuk dalam hati anda...nau'zubillah. Dan perlu di ingat sangat2 dan selalu-selalu oleh anda semua...tidak dan jangan sekali2 mencaci atau mengutuk mereka tidak kiralah di mana posisi anda...si fulan yang 'sakit hati' atau si pemberi 'sakit hati'...kenapa?sebabnya amatlah mudah lagi terang benderang...anda semua berSAUDARA!...mungkin secara teknikal tidak tetapi...tidak perlulah susah2 nak terangkan sebab anda semua mesti faham...ISLAM itu indah amat2..cukup dengan doa sebagai senjata ampuh memohon kefahaman+keindahan hidup berSAUDARA...siapalah kita?SIAPAlah kita untuk mengutuk/melabel/membeza2 dan mentakrif seseorang sebagai kurang beriman,eksyen,budget bagus,bodoh,jahiliyyah,sengal,syaitann dan banyak lagi....[maaf jika bahasa ini agak kasar tapi inilah realiti...sekadar contoh yang betul2 berlaku dan pernah didengar secara 'live']...jika anda melakukannya, lain dan tidak bukan ianya mendedahkan kelemahan diri anda sendiri...ketidakmampuan mengawal diri sendiri+nafsu...moga anda semua dijauhkan...amin.

"Hai orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-mengolokkan) wanita yang lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak taubat, maka mereka itulah orang yang zalim."-surah al-Hujurat:11

moga jika anda terkesan,ianya hanyalah datang dari Allah, ketidakpuasan hati dan yang mengecewakan hanyalah datang dari saya sendiri...wassalam.

Tuesday, July 31, 2007

l a p a r...

salam buat semua pembaca yang setia yang begitu ramai menanti update terbaru dari saya ini...haha memang sengaja buat2 perasan macam ramai peminat...xsalahkn? baru semangat sikit nak mencoret sesuatu...erm lapar?hehe kami memang agak kuat lapar semenjak dua ini memandangkan tiap2 hari ke uni berjalan jika dibandingkan semester lepas...ditambah pula dengan berita mengejutkan apabila melihat bil elektrik, semua geelongians bersetuju untuk bersejuk dari membayar bil2 yang nampak macam xmunasabah jer...ish2...berlanjutan dari kes itu,kami amatlah dialu-alukan untuk mengikat perut semasa di uni...kalau boleh puasa hari isnin+khamis alhamdulillah lagi bagus sebab dapat pahala dan jimatkan duit..tapi jangan lar jadikan reason ke-2 tue main core...dah rugi satu peluang untuk upgrade iman+amal...lepas tue kelmarin punye lar lapar tengah malam, maka kami pun selongkar lar semua kabinet+peti sejuk dengan harapan masih wujud sisa penyambung kudrat kami...tapi ubi kentang adelar...hahaha waktu ini dah pukul 1am nieh...memang lapar sampai xdapat tido..."arghh mase ntok iron chef!!".."basyir jom lawan masak.."...sebab yang lapar kami berdua jer...syarat2nyer setiap orang dapat 5 biji ubi kentang...kene masak ikut cara yang xpernah dibuat lagi..maknanya kene reka cipta resepi baru lar...xmaen lar buat tiru or terlampau simple sangat...hahh apelagi..mula lar! yang bestnya sampai pukul 4am baru selesai...punya lar lame reka cipta resepi baru..tapi anda semua kene maklum...kami hanyalah mempunyai pilihan yang amat sedikit dari segi bahan2 perencah untuk pertandingan ini...konsepnya sama saja seperti men"design"...try +error...agak2 sape yang menang?hehe...basyir ke amir?haha...rasenya anda mesti dah tahukn...

"memasak itu ibarat seni halus,bisa merubah perasaan dan naluri kemanusiaan..."

Monday, July 23, 2007

m a s i h...

assalamualaikum...mulakan diri anda hari nie dgn segala pujian2 buat-NYA dgn segala nikmat iman + islam...masih mengenal Pencipta Yang Maha Esa...masih tahu membezakn antara yg baik dan buruk...masih ada perasaan takut untuk mendekati zina + maksiat...masih mempunyai kesedaran tentang peranan diri sendiri terhadap agama,keluarga,teman2 dan umat islam am nya...erm mulakan hari dgn melupakan kisah duka kelmarin dgn semangat membara lagi berkobar2 untuk hari ini dan mendatang...merancang bagaikn sedang membina sebuah negara masa depan...terpulanglah samada negara yg penuh dgn kesejahteraan+kemakmuran disamping disulami norma2 murni islamiah ataupun negara yg kaya dgn kehancuran+kejatuhan disamping diselang-seli dgn calit palit lumpur kekotoran+kejahilan..

Thursday, June 7, 2007

f r u s t

umat akhir zaman...makin hujung dunia makin pentingkn diri sendiri [especially dark side yg having mental +sahsiah problems]...alangkah baiknya klo semua umat kt dunia nie saling ambil berat sesama insan...beramal n beribadat bersama2...mudah2an amalan bertambah berkat yg mane pengakhirannya menuju hidup aman + bahagia...

p/s:aku mmg kene bnyk bersabar ngan umat yg pentingkn diri sendiri nie...semoga anda sume menjadi ahli jannah yg paling termulia + mendapat berkah rahmat dariNYA..amin

renung2kn tazkirah dari sdr saifulislam---->http://saifulislam.com
"demi sebuah bahagia"

Friday, May 25, 2007

h i b e r n a t e m o d e

semalam agak lewat pulang dari uni walaupon tutorial abes seawal jam 1600...pusing2 pekan teman membe beli barang ntok buat model. sampai rumah pon dh hampir maghrib...ish2..[situasi 01]

cube bayangkn walau sehebat mane pon anda dalam sesuatu bidang tp klo dh retired bertahun2 of course skill tue dh berkarat + keras..tidak lagi sehebat + secekap dulu... btol x? [situasi 02]

jarak dari uni ke rumah xjauh pon cume lbey kurang 2km...10 minit klo naek bas/30 minit klo jalan kaki/15 minit klo naek beskal n x minit klo naek roller blade....[situasi 03]

siape yg xrase gembira klo dapat hadiah dari seseorang [even klo dapat hadiah dari diri sendri pon bley jadi hepy]...mesti nk terus cube..kn..bley jd over-excited bilemana kengkadang xpkirkn lagi faktor2 sampingan yg laen dh..e.g. keselamatan diri etc.. [situasi 04]

-------------------------------------------------------------------------------------------------

hasil gambungan 4 situasi yg berlainan diatas telah menghasilkn satu hipotesis yg berbelah bahagi tp satu keputusan yg tepat lg jitu...

keputusan: seluar koyak sana sini + tangan luke + lutut konfem lar tempat paling dasyat skali injured + seperti biase badan lebam2...

eh lupe plak nk bgtau eksperiman nie adalah ntok menetukn faktor x [situasi 03]...tetapi faktor2 [ situasi 01+situasi 02+situasi 04] laen amat mempengaruhi kepada keputusan eksperiman ini..

hasil dr eksperimen ini, pergerakan menjadi lambat [baru tahu cmne perasaan org sakit+disable]...menjadi lbey baik + sentiase ingatkn diri,mati bile2 boleh datang...klo lar xsempat nk prepare...cmne?same2 pikirkn...

p/s:erm sori...coretan diatas hasil dr seorang yg mmg xder idea ntok menulis...mngkn susah nk paham or bley jd xpaham langsung...

Monday, May 14, 2007

d o l l a r...

suatu petang...

"a ticket to southern cross please..."
"one way or return..?"...ehemm "one way..."
"AU6.10 please..."
"thanks..."

"tengah2...cross cepat.."
"alaaa sket lg..xpe2 good try...
"open2..."
"...allahuakbar.."
"assalamualaikum wrt..."

beberapa jam selepas suatu petang...

"a ticket to south geelong please..."
"one way or return..?...ahakks "one way"
"AU6.10 please..."
"thanks..."

aduss...
aite...klo return [AU6.10 x 2 = AU12.20]----->nmpak cm sket jer kn..
sebulan ader 4 minggu [AU12.20 x 4 = AU48.80]----->mmg tiap2 minggu g melbourne...aaishh
setahun 12 bulan [AU48.80 x 12 = AU585.60]----->biar btol??

"cmne klo kiter dok 2tahun?"..ujar basyir
[AU585.60 x 2 = AU1170.20]----->speechless

"cube convertkn siap2 dlm RM..."..sampuk suboh
[AU1170.20 x 2.7 = RM3162.24]----->wuishh dh bley kawen nieh...adoii

"hahaha...tension nyer"..gelak kamil

10 kesimpulannyer:
i] kurangkn g melbourne
ii] biler kurangkn g melbourne,maknenyer kuranglh maen bola...sedey2
iii] kene beli bola baru [maen kt belakang rumah lar cmnieh..]
iv] berjuang ntok student concession..arghh..
v] berusaha ntok beli tiket off peak klo nk sngt2 maen bola [peak hour lg larr mahal..]
vi] "basyirrr..cepat arrr beli kerete...klo dapat yg gune gas lg baguss..jimat ntok long termkn.."
vii] soh diorng buat league kt geelong lak..[mcm xlogik jer..]
viii] bersara maen bola..jd full time pior student [laarrr skemanyer...]
viiii] buat2 busy biler weekend; kemas rumah ker,basuh tandas ker...berkebun tanam cili+ternak ayam ker...[supaya dpt lupakn bola..]
x] susah2 pindah jer kt melbourne tueh...[eh mcm ok jer idea nieh..ermm ]

tidaakkkkk.....

Saturday, May 12, 2007

w a h a i l a b u

assalamualaikum ...wahh...labu sekarang dah pandai menulis...hehe 'cerita labu' mungkin dah sampai msenyer ntok mencube bende2 yg baru since kecik sampai skrang asyik buat bende2 yg same berulang2...maka rase busan mula membiak dalam diri [eh tapi ader bende yg kene+tetap istiqamah sampai bile2...insyaAllah]. Biasenyer orang akan menulis dalam blog nieh sbb m'ikutkan hati memberontak2 ntok perkara baru tapi bak kata org dulu.."hangat2 tahi ayam"...panas sekejap dingin kemudian...basah sementara segar tapi kering bile panas terik...bile perasaan gumbira untuk menulis sedikit demi sedikit cair meleleh mengalir mengikut tiupan angin monsun...alangkah baiknya klo angin monsun digantikan dengan suhu bawah paras beku....paham x?cube pikir...xpaham sudah...

"maksimumkn bakat yg diberikn ke3pada diri anda, ilmu yg anda sukai, rezeki yg dikurniakn kepada diri anda, dan pekerjaan yg sesuai untuk anda..."-jgn bersedih