Friday, February 29, 2008

hadiahkan kebebasan

Bismillah..Assalamualaikum

Kepala semakin berdenyut-denyut,jantung semakin berdegup kencang,gugur rambut semakin pantas,credit handphone melambung tinggi,panas hati mendidih membuak2, telunjuk jari menunjuk ke semua arah,sana..situ..kamu..awak,semuanya kelam ribut,kabut serabut,semuanya berlalu mengalir laju seperti lelehan air bukit selepas bah...rumusan ringkas situasi Malaysia ketika ini.Kekabutan awal tiada siapa kesah asal demi menjamin masa depan semua pihak...semua pihak?...individukah?rakyatkah?sekelompok manusiakah?...itulah Malaysia ketika ini.



Sebagai generasi baru,bukanlah perkara pelik sekiranya baru tertarik untuk mendalami polimik [politik+gimik] Malaysia semenjak berstatus sebagai pengundi,tanggungjawab terbeban keatas diri menentukan pemimpin yang se"benar",memahami asas2 perjuangan parti2 yang membabitkan diri,menyelidiki individu2 yang berusaha memenangi hati kami rakyat2 di luar ini,janji2 yang di provokasi,mentaliti pemimpin dalam melayani kehendak kami para jelata,dan struktur organisasi parti2 dalam melancarkan kempen mendominasi jiwa2 Malaysiakini.

Semenjak kecil,persekitaran amat kerap sekali menyediakan satu persepsi tipikal terhadap pilihanraya di MAlaysia...ketidaksamarataan+monopoli.Salah faham yang berlaku ketika baru mula2 mengenal yang negara ini sebenarnya diketuai oleh seorang ketua yang bernama perdana menteri..."Kenapa perlu adanya pilihanraya jika tiada lawan?"..."Lawan dengan siapa?"..."kenapa asyik diorang sahaja yang menang..?"...dan banyak lagi soalan2 mudah yang terawang-awangan di minda tanpa ada yang sudi menjawab.Sangat mudah untuk mengesan perbezaan warna bendera yang berwarna-warni tergantung sana sini,berbagai saiz dan corak,dihiasi wajah2 orang2 yang berlainan...bersongkok dan juga yang berketayap,tapi sangat sukar untuk membezakan siapa mereka dan untuk apa muka mereka terpampang di situ.



Kebebasan~!kemudahan untuk mendapatkan maklumat kebenaran.Nah di sini kurangnya kebijaksanaan dalam menyalurkan kesamarataan maklumat sehingga zaman muda kami para generasi baru ini seringkali keliru dan samar2 pening dengan suasana yang berlaku.SEmoga keadaan kini semakin bertambah baik seiring dengan kemajuan negara,semoga keadaan matang seiring dengan kematangan pemikiran rakyat2 Malaysia, dan semoga keadaan Malaysia bertambah baik seiring dengan statusnya sebagai Negara Islam kerna Islam itu amat sayangkan keadilan.Insyaallah.

p/s:selamat mengundi kepada rakyat Malaysia...mengundilah untuk matlamat yang hakiki.

Saturday, February 23, 2008

thesis mode

Bismillah..Assalamualaikum...

SEmester baru insyaallah akan bermula lebih kurang seminggu dan insyaallah akan bermula dengan research ntok tajuk+issue thesis.Masa belajar adalah masa untuk mencuba dan membuat kesilapan dan keberdayaan untuk keluar dari kebiasaan mampu mendorong seseorang untuk mengoptimumkan kemampuan dan kebolehan diri sendiri lantas mencipta dimensi baru dalam cara berfikir dan bertindak tapi perlu sentiasa tabah dan sabar sebab dengan memilih cara ini anda sangat mudah untuk gagal dan kecewa kiranya tidak benar2 cekal dan istiqamah.



JAdi isunyer sekarang ialah masih dalam kondisi kekalutan untuk mencari isu bagi thesis."Apa saya boleh sumbangkan untuk masyarakat Islam"? Memikirkan kebarangkalian kesamaran untuk menyumbang pabila dah kerja nanti agak rendah disebabkan beberapa faktor,jadi masa thesis lar mungkin agak ideal dan sesuai. idea awal adalah untuk cari apa2 isu yang agak sesuai dgn standard thesis[complexity].

Antara proposal:
a]masalah pelarian [penempatan]---seperti isu dunia jer tp mungkin boleh kecilkan scope,lebih kepada design temporarily shelter utk mereka
b]facilities for disable people - maybe mcm perkampungan hadhari kt Terengganu tapi this one nama dier perkampungan insan istemewa [comprehensive for disable]
c]masih xdapat
d]masih xdapat

JAdi sesiapa yang ada idea walaupun sedikit,maybe boleh share dan jgn segan2 untuk ekspresikan ideamu untuk menambahbaik proposal saya ini...cepat2..

p/s:sedikit cemas...

Thursday, February 21, 2008

surat cinta

Assalamualaikum...

Video ini kene tengok mengikut turutan..







Surat cinta dan remaja seringkali berkait rapat...tapi bagaimana erti surat cinta yang sebenar bagi individu yang sedar akan status sebenar sebagai seorang ISlam/MUslim..insyaallah sama2 hayati...

Wednesday, February 20, 2008

pilihanraya + politik

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...alhamdulillah kenyang makan keropok lekor harinie...naseb baik sempat makan sebelum balik kulliyyah...dan dalam minggu nie juga kenyang hati dan minda menerima suapan porpaganda + dakyah taktik parti2 yang bertanding.Masing2 dengan usaha terunik untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat.MEmang sukar untuk disangkal propaganda dan manefesto sesebuah parti amat penting,mencerminkan kesungguhan + kematangan pucuk pimpinan mencorak haluan masa depan negara,memperhalusi setiap inci permasalahan dan menjiwai secara detail lorong+simpang penyelesaian...Bukan mudah ditambah pula dengan mentaliti rakyat yang lebih mengharapkan manefesto2 yang terlaksana secara ekspress tetapi itulah hakikat yang parti2 bertanding perlu ambil kira dalam merekacipta janji2 kepada rakyat. Secara ringkasnya dibawah antara dialog2 yang berkumandang..



Tidaklah mahu memihak kepada mana2 parti tetapi mungkin untuk meng"highlight"kan beberapa perkara yang saya sendiri anggap sedikit keterlaluan dan kiranya tidak berhati2 boleh merosakkan aqidah.Tidak perlulah terlalu berkobar2 sehingga meletakkan hukum +logik akal manusia melebihi hukam agama.Dan perlu ditekankan masyarakat sekarang sudah 50tahun merdeka,bermakna sudah semakin matang dalam menilai dan menafsir tindaktanduk dan muslihat pemimpin.Kami sudah boleh berfikir wahai pemimpin!.

1]Nikmat - sudah ada teriakkan sesetengah pemimpin yang mengaku dan berbesar hati mengatakan merekalah pemberi segala nikmat yang kita nikmati hari ini. NIkmat ini akan kekal selagimana rakyat terus memangkah mereka untuk penggal yang seterusnya.

2]Undang2 Allah - persoalan tentang kewarasan + kesesuaian hukum Islam dilaksanakan.Ada pemimpin yang meragui keberkesanan dan berpendapat perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat.Bagi saya dalam erti kata lain mereka kurang setuju sebenarnya.Itu pendapat saya.

3]Bahasa Melambangkan bangsa+peribadi+agama+mentaliti/pemikiran - Bak pepatah MElayu,bahasa melambangkan bangsa tapi saya nak tambah sedikit hujungnya dengan "...melambangkan peribadi+agama+mentaliti"...Mengapa?Insan yang berperibadi mulia dan tinggi akhlaknya which is secara tidak langsung melambangkan keutuhan pegangan agamanya dan mempengaruhi method pemikirannya tidak akan berbahas mengikut nafsu dan api kemarahan...menggunakan bahasa kesat,caci mencaci,mengutuk dan mendedahkan keburukan dan salahlaku pihak lain tanpa mengemukakan bukti...jika kabar angin itu tidak benar, statusnya berubah dari tuduhan kepada fitnah.Anda sanggupkah menanggungnya..?

4]Bersumpah dengan nama Allah - ucapan mencaci dan diselang seli kata2 kesat tapi terselit juga kata2 sumpah dengan nama Allah...apa makna ini semua?mempermainkan kalimah dengan sewenang-wenangnya.Mungkin juga masyarakat sudah terbiasa sekadar mengucapkan kalimah sedimikian tanpa sedar betapa besar makna+maksud kalimat tersebut...

Isu di atas mungkin nampak remeh tapi sudah cukup bagi saya sebagai kayu pengukur paling mudah untuk menilai siapa yang betul dan siapa yang kurang tepat.Tanggungjawab mengundi amat penting bagi setiap individu kerana "..siapalah pemimpin tanpa undi anda semua.."..dan pemilihan pucuk pimpinan perlulah berdasarkan matlamat jangka panjang.Kalau anda berjuang bermati-matian untuk keselesaaan diri anda sendiri,mungkin boleh revise semula tindakan anda.Pengundi paling muda paling kurang berumur 21 tahun,maka sudah 21tahun anda mengecapi hidup,sudah puas mengenal selok belok dan membezakan antara kebenaran yang sebenar dan kepalsuan yang sejati.Tapi...

Tapi cuba anda fikirkn nasib generasi muda,anak2 yang baru mengenal dunia, si cilik yang masih sukar membezakan baik dan buruk, remaja yang masih keliru dalam memilih peribadi yang mithali...suasana amat penting bagi mereka...yea memang betul,suasana yang baik menjurus outcome yang baik.

Ibaratkan generasi muda ini sebagai span basuh pinggan yang baru dibeli di kedai,bersih cantik,suci dan masih teguh bentuknya.Nak basuh pinggan mestilah menggunakan air dan objek cucian adalah pinggan mangkuk. Ibarat air sebagai environment dan pinggan mangkuk sebagai outcome/hasil.Kiranya span itu diletakkan ke dalam air yang bersih dan digosokkan ke pinggan, sudah tentu pinggan pun akan bersih.Ye BERSIH!..tapi bagaimana sebaliknya? tiada siapa yang nakkan pinggan yang kotor dan berbau.Itu memang pasti.

Jadi pemilihan "acuan" yang betul dan sahih perlu untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan BERSIH...insyaallah

fikir2kan bersama..

Monday, February 18, 2008

Air Mata PAlestin 2008 + dunia MAlaysia


Bismillah...Assalamualaikum..

Kuala Pilah,15 feb - Air MAta Palestin sudah pun berlangsung dgn jayanya pada jumaat lepas bertempat di masjid jamek yam tuan Raden,Kuala Pilah.Anjuran ISMA [ikatan Islam Malaysia] dan Aman PAlestin, lebih bermotifkan memberi gambaran sebenar dan terkini isu saudara seagama kita di dunia sana.Antara speaker yang hadir Dr. Yusof Abbas+Mejar NAdzri Munsman+Dr ZainurRasyid.Syabas kpd ISMA yang berusaha membawa kefahaman ke serata negara especially tentang permasalahan yg sedang melanda umat Islam seanteronya terutamanya ke Kuala Pilah yang mungkin sedikit kurang termaklum dengan keadaan semasa [mungkin].


Ada juga persoalan yang dihangatkan: apa peranan kita dan bagaimana kita boleh menyumbang.MMg masa sesi soaljawab kerap kali soalan sama diutara cuma susunatur bahasa jer yang berlainan.Peranan yang mudah yang mampu dan boleh anda semua lakukan ialah meng'update diri dengan peristiwa terkini masyarakat Islam e.g palestine etc dan sebarkan.Anda bertanggungjawab menyedarkan masyarakat sekeliling,kejutkan lamunan remeh temeh mereka yang kurang or tidak memberi faedah langsung kepada diri mereka langsung, bersorak berpekik dan terkinja2 menyokong artis pujaan,merelakan diri menderma credit semata-mata memenangkan "penyanyi" yang belum tentu dapat menyumbang kepada masyarakat.Nanti last2 sekali apa yang kamu semua dapat?artis yang disokong itu puun belum tentu kenal kamu semua.PErsoalannya akhir ialah kesan kehadiran artis yang disokong itu kedalam kelompok masyarakat...menjurus kepada kebaikan atau sebaliknya.Bagaimana jika muda-mudi bertambah rosak,mula berkokok2 suara2 individu ayng tidak setuju tapi kena flashback tindakan awalan kamu semua "siapa artis itu tanpa undi anda semua?"..

Anda2 yang sedar ini lah perlu kejutkan masyarakat keliling pinggang supaya undi pula pejuang2 yang bermatlamatkan keredhaan Tuhannya, yang bernaung dibawah akademi Islam,tidak jemu2 berusaha untuk melahirkan suasana dimana kemustahilan sangat2 islam dipijak2 begitu sahaja.Percikan kesedaran dah mula menyala,terpulang kepada anda untuk pastikan ianya nyala lebih besar biar semua orang sedar.

Sebelum itu,td sempat dengar ada ustaz cakap, "jangan ingat semua rezeki yang halal itu diredhai oleh Allah"...mungkin ada sedikit relationship dengan isu palestine,yang mana rezeki yang diperolehi hanya untuk kemaslahatan diri sendiri tanpa peduli nasib seagama...mendermalah seadanya.Fikir2kan lah.

Friday, February 15, 2008

syariatullah + sunnatullah [01]



Bismillah...assalamualaikum buat semua.
Alhamdulillah jutaan syukur buat Pencipta kerana meminjamkn usia disamping anugerah iman+islam dalam menyelesaikan tugasan harian..insyaallah.

OK sesi bercerita pulak.Last wednesday [13/02] saya berkesempatan untuk m'dngar sesi tazkirah maghrib di surau An-Nur,Bangi oleh Ustaz Hasrizal yang lebih famous dengan blog Saifulislam...konfem anda semua familiarkn.jemput2 lar lawat ke blog beliau,insyaallah bnyk input berguna.

Tazkirah yang ringkas,santai dan mudah difahami serta diselangselikan dengan cerita2 bercorak kemasyarakatan amat mudah diterima hatta kanak2 kecil sekali pun.Matlamat bukan lah untuk menambahkan ilmu yang sedia ada tapi lebih kepada menambahfaham ilmu yang sudah difahami dan praktikal.Beberapa soalan provokasi yang diajukan "Apa itu islam?"..."Mengapa umat Islam sekarang makin lemah dan mudah dipermain2kn?...lebih kurang begitu bunyinya. Untuk menjawab soalan pertama,secara ringkasnya,Islam itu boleh, mampu dan mesti diperkatakan dalam semua segi aspek kehidupan.Maknanya xde benda dalam hidup ini yang tidak boleh dikait dengan pandangan menurut syariat Islam.Hanya segerombolan manusia yang kurang faham dan berjiwa tabah memperjuangkan pengecualian agama dari aspek2 tertentu kehidupan..kesian.

Al-Mulk:02"Yang menciptakan mati dan hidup,untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan dia Mahaperkasa,Maha Pengampun........" ayat yang menjelaskan hidup kita sebenarnya tak lain dan tidak adalah untuk menyelesaikan masalah yang tiap2 hari wujud.Eh bunyi macam budak yang masih bersekolah...haa betul lar tue..tapi madrasah Allah untuk melahirkan insan2 yang berkualiti,sedar tanggungjawab sebenar dan tahu arah hidup...masalah harian yang bertubi2 selama 365hari x berapa tahun jangka hayat seseorng itulah tempoh ujian yang genting dalam memilih siapa yang dpat bertahan sampai ke akhirnya...dan ramai yang terbabas sejak dari mula,pertengahan dan hampir2 ke hujung...Sikap terhadap cabaran/kematangan menemukeluar jalan penyelesaian yang m'bezakan "full time" muslim + non-muslim.

"only 10% masalah yang berlaku ke atas kita tetapi 90% b'gantung kepada bagaimana kita bertindak balas terhadap cabaran"...fikirkan..

jadi untuk sambungan nya sile lar lawati saifulislam "Mencari Kemenangan dengan acuan Allah"..insyaallah lebih jelas..

Wednesday, February 13, 2008

masih terlena


Bismillah...assalamualaikum..

Sudah bersawang blog ini tidak terurus,melampiaskan sedikit kesedihan si penulis akan kurangnya peluang untuk mencurahkan walau sedikit perahan otak.Bukan lah berbakat untuk menulis tp berkongsi sekadar termampu...insyaallah kita cuba yg lebih baik selepas ini.