Friday, February 29, 2008

hadiahkan kebebasan

Bismillah..Assalamualaikum

Kepala semakin berdenyut-denyut,jantung semakin berdegup kencang,gugur rambut semakin pantas,credit handphone melambung tinggi,panas hati mendidih membuak2, telunjuk jari menunjuk ke semua arah,sana..situ..kamu..awak,semuanya kelam ribut,kabut serabut,semuanya berlalu mengalir laju seperti lelehan air bukit selepas bah...rumusan ringkas situasi Malaysia ketika ini.Kekabutan awal tiada siapa kesah asal demi menjamin masa depan semua pihak...semua pihak?...individukah?rakyatkah?sekelompok manusiakah?...itulah Malaysia ketika ini.



Sebagai generasi baru,bukanlah perkara pelik sekiranya baru tertarik untuk mendalami polimik [politik+gimik] Malaysia semenjak berstatus sebagai pengundi,tanggungjawab terbeban keatas diri menentukan pemimpin yang se"benar",memahami asas2 perjuangan parti2 yang membabitkan diri,menyelidiki individu2 yang berusaha memenangi hati kami rakyat2 di luar ini,janji2 yang di provokasi,mentaliti pemimpin dalam melayani kehendak kami para jelata,dan struktur organisasi parti2 dalam melancarkan kempen mendominasi jiwa2 Malaysiakini.

Semenjak kecil,persekitaran amat kerap sekali menyediakan satu persepsi tipikal terhadap pilihanraya di MAlaysia...ketidaksamarataan+monopoli.Salah faham yang berlaku ketika baru mula2 mengenal yang negara ini sebenarnya diketuai oleh seorang ketua yang bernama perdana menteri..."Kenapa perlu adanya pilihanraya jika tiada lawan?"..."Lawan dengan siapa?"..."kenapa asyik diorang sahaja yang menang..?"...dan banyak lagi soalan2 mudah yang terawang-awangan di minda tanpa ada yang sudi menjawab.Sangat mudah untuk mengesan perbezaan warna bendera yang berwarna-warni tergantung sana sini,berbagai saiz dan corak,dihiasi wajah2 orang2 yang berlainan...bersongkok dan juga yang berketayap,tapi sangat sukar untuk membezakan siapa mereka dan untuk apa muka mereka terpampang di situ.



Kebebasan~!kemudahan untuk mendapatkan maklumat kebenaran.Nah di sini kurangnya kebijaksanaan dalam menyalurkan kesamarataan maklumat sehingga zaman muda kami para generasi baru ini seringkali keliru dan samar2 pening dengan suasana yang berlaku.SEmoga keadaan kini semakin bertambah baik seiring dengan kemajuan negara,semoga keadaan matang seiring dengan kematangan pemikiran rakyat2 Malaysia, dan semoga keadaan Malaysia bertambah baik seiring dengan statusnya sebagai Negara Islam kerna Islam itu amat sayangkan keadilan.Insyaallah.

p/s:selamat mengundi kepada rakyat Malaysia...mengundilah untuk matlamat yang hakiki.