Wednesday, February 20, 2008

pilihanraya + politik

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...alhamdulillah kenyang makan keropok lekor harinie...naseb baik sempat makan sebelum balik kulliyyah...dan dalam minggu nie juga kenyang hati dan minda menerima suapan porpaganda + dakyah taktik parti2 yang bertanding.Masing2 dengan usaha terunik untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat.MEmang sukar untuk disangkal propaganda dan manefesto sesebuah parti amat penting,mencerminkan kesungguhan + kematangan pucuk pimpinan mencorak haluan masa depan negara,memperhalusi setiap inci permasalahan dan menjiwai secara detail lorong+simpang penyelesaian...Bukan mudah ditambah pula dengan mentaliti rakyat yang lebih mengharapkan manefesto2 yang terlaksana secara ekspress tetapi itulah hakikat yang parti2 bertanding perlu ambil kira dalam merekacipta janji2 kepada rakyat. Secara ringkasnya dibawah antara dialog2 yang berkumandang..



Tidaklah mahu memihak kepada mana2 parti tetapi mungkin untuk meng"highlight"kan beberapa perkara yang saya sendiri anggap sedikit keterlaluan dan kiranya tidak berhati2 boleh merosakkan aqidah.Tidak perlulah terlalu berkobar2 sehingga meletakkan hukum +logik akal manusia melebihi hukam agama.Dan perlu ditekankan masyarakat sekarang sudah 50tahun merdeka,bermakna sudah semakin matang dalam menilai dan menafsir tindaktanduk dan muslihat pemimpin.Kami sudah boleh berfikir wahai pemimpin!.

1]Nikmat - sudah ada teriakkan sesetengah pemimpin yang mengaku dan berbesar hati mengatakan merekalah pemberi segala nikmat yang kita nikmati hari ini. NIkmat ini akan kekal selagimana rakyat terus memangkah mereka untuk penggal yang seterusnya.

2]Undang2 Allah - persoalan tentang kewarasan + kesesuaian hukum Islam dilaksanakan.Ada pemimpin yang meragui keberkesanan dan berpendapat perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat.Bagi saya dalam erti kata lain mereka kurang setuju sebenarnya.Itu pendapat saya.

3]Bahasa Melambangkan bangsa+peribadi+agama+mentaliti/pemikiran - Bak pepatah MElayu,bahasa melambangkan bangsa tapi saya nak tambah sedikit hujungnya dengan "...melambangkan peribadi+agama+mentaliti"...Mengapa?Insan yang berperibadi mulia dan tinggi akhlaknya which is secara tidak langsung melambangkan keutuhan pegangan agamanya dan mempengaruhi method pemikirannya tidak akan berbahas mengikut nafsu dan api kemarahan...menggunakan bahasa kesat,caci mencaci,mengutuk dan mendedahkan keburukan dan salahlaku pihak lain tanpa mengemukakan bukti...jika kabar angin itu tidak benar, statusnya berubah dari tuduhan kepada fitnah.Anda sanggupkah menanggungnya..?

4]Bersumpah dengan nama Allah - ucapan mencaci dan diselang seli kata2 kesat tapi terselit juga kata2 sumpah dengan nama Allah...apa makna ini semua?mempermainkan kalimah dengan sewenang-wenangnya.Mungkin juga masyarakat sudah terbiasa sekadar mengucapkan kalimah sedimikian tanpa sedar betapa besar makna+maksud kalimat tersebut...

Isu di atas mungkin nampak remeh tapi sudah cukup bagi saya sebagai kayu pengukur paling mudah untuk menilai siapa yang betul dan siapa yang kurang tepat.Tanggungjawab mengundi amat penting bagi setiap individu kerana "..siapalah pemimpin tanpa undi anda semua.."..dan pemilihan pucuk pimpinan perlulah berdasarkan matlamat jangka panjang.Kalau anda berjuang bermati-matian untuk keselesaaan diri anda sendiri,mungkin boleh revise semula tindakan anda.Pengundi paling muda paling kurang berumur 21 tahun,maka sudah 21tahun anda mengecapi hidup,sudah puas mengenal selok belok dan membezakan antara kebenaran yang sebenar dan kepalsuan yang sejati.Tapi...

Tapi cuba anda fikirkn nasib generasi muda,anak2 yang baru mengenal dunia, si cilik yang masih sukar membezakan baik dan buruk, remaja yang masih keliru dalam memilih peribadi yang mithali...suasana amat penting bagi mereka...yea memang betul,suasana yang baik menjurus outcome yang baik.

Ibaratkan generasi muda ini sebagai span basuh pinggan yang baru dibeli di kedai,bersih cantik,suci dan masih teguh bentuknya.Nak basuh pinggan mestilah menggunakan air dan objek cucian adalah pinggan mangkuk. Ibarat air sebagai environment dan pinggan mangkuk sebagai outcome/hasil.Kiranya span itu diletakkan ke dalam air yang bersih dan digosokkan ke pinggan, sudah tentu pinggan pun akan bersih.Ye BERSIH!..tapi bagaimana sebaliknya? tiada siapa yang nakkan pinggan yang kotor dan berbau.Itu memang pasti.

Jadi pemilihan "acuan" yang betul dan sahih perlu untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan BERSIH...insyaallah

fikir2kan bersama..

No comments: