Friday, September 21, 2007

r a m a d h a n

memBAZIRrrr!...ianya tercipta apabila wujudnya keperluan yang melebihi dari yang sepatutnya...jarang sekali wujud perkataan atau kata imbuhan tambahan ter- pada kata asas -bazir-...sebabnya agak sukar manusia ter-bazir sesuatu melainkan betul2 luar biasa keadaan itu [berdasarkan pengalaman saya]. Jikalau imbuhan mem- atau pem-an atau pun di-kan selalu lagi keraplah kita temui malah rasai sejak dari kita semua mengenali kewujudan keperluan diri...betul atau tidak hanyalah anggapan hati kecil saya saja...terpulang kepada individu samada untuk setuju atau tidak. Bagaimana jikalau saya katakan ramadhan adalah bulan yang agak memBAZIRrrr...haha bunyi siulanku kali ini agak sumbang tapi itulah fakta ajaib lagi memeningkan yang sedang berlaku, telah berlaku dan akan terus berlaku. Mengapakah? tidakkah lebih sinonim dan selari kiranya bulan ramadhan dipenuhi dengan amal ibadat, sedekah jariah, taddarus, tahajjud dan berJIMAT CERMATtt...bukan membazir...kan fakta terakhir tue agak sumbang. janggal lagi tidak sesuai untuk dipadankan dengan ethics atau amalan selebihnya yang seharusnya dipergiatkan di bulan ramadhan...kalau bulan2 biasa shopping barang2 dapur biasanya 2minggu sekali or paling kurang pun hujung bulan tapi kalau ramadhan menjelma, tiap2 hari pergi shopping...huaaa banyak tue. Jikalau bulan2 biasa tong sampah lambat betul nak penuh tapi kalau bulan ramadhan memberi salam, huhh belum sempat seminggu dah melimpah keluar...kesian pakcik bandaraya kena ambil extra time bekerja...jikalau bulan2 biasa purata berat tulang kering+daging biasanya agak maintain dan julatnya sedikit kecil tapi pabila ramadhan berteriak memberitahu kedatangannya, mulalah nak salahkan mesin penimbang berat..dibilang sudah rosak atau pun 'something wrong with this machine' ..haha siapa yang kurang benar sebenarnya?...jikalau bulan2 biasa cukup jer pinggan mangkuk untuk makan bersama tapi bila ramadhan menggantikan sya'ban, mulalah terdengar suara " kassimmm, pegi kedai dua ringgit kat depan nun hahh belikan 5 set lagi pinggan mangkuk sama gelas...dah xcukup larr"...aduhhh...jikalau bulan2 biasa kat atas meja makan tueh sentiasa bersih je tapi bila bulan ramadhan confirm diumumkan oleh pemegang mohor2 besar di Raja, huh berderet2 pinggang mangkuk yang dah expired berhari2 pun ada sekali [jarang sekali berlaku untuk sesiapa yang dh berfamily]...mengapakah?cuba sintesiskan tindakan kita ini bila ramadhan berakhir nanti...akan bertambah baik, sama dan xberubah2 or lebih mendurum jatuh...insyaallah curilah, rampaslah dan kidnap lah peluang sempena ramadhan yang penuh barakah ini untuk mentarbiah hati dan jiwa kita ke arah yang sepatutnya...ke jalan yang di rahmati. insyaallah sama berusaha...masih belum terlewat....

sekiranya anda terkesan kearah positif, insyaallah ianya datang dari Allah, dan yang rapuh dan lemah itu lahir dari diri saya sendiri...salam Ramadhan

Sunday, September 9, 2007

erkk...

salam...xder mood nak update, just sedikit reminder ntok saya, anda si pembaca juga untuk rakan2, pakcik makcik, tok ayah, mak ngah, pak su n pak long dan umat islam sedunia....

" cukuplah Allah menjadi pelindung kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." Al-Furqan:58