Friday, August 3, 2007

b o s s...

Semoga anda semua masih dibawah lindungan rahmah, menikmati kemanisan iman+islam...insyaAllah.Mulakan hari ini dengan memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyebabkan kita berasa tersinggung, kecil hati atau sedih. Siapalah kita dan di manalah tahap kita untuk tidak memaafkan insan lain sedang Allah sendiri Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...walhal Muhammad s.a.w juga memaafkan. Mudah bukan? beranggap baiklah terhadap insan yang menyakiti kita...mungkin beliau kurang peka terhadap perasaan orang lain, mungkin juga dia sendiri banyak masalah tanpa menyedari dia sendiri telah memberi masalah kepada orang lain. Kehadiran si"pemberi masalah" atau si"penyakit hati" hanya lah untuk menguatkan diri kita sebenarnya...menaik tarafkan kita setingkat lebih tinggi...dengan syarat cara kita mengadaptasi ke'sakitan' itu betul. Bersyukur jika anda berjaya reverse physco situasi sukar itu kepada membaikkan diri sendiri...tapi amatlah rugi kiranya situasi itu menyebabkan nanah lebih membusuk dalam hati anda...nau'zubillah. Dan perlu di ingat sangat2 dan selalu-selalu oleh anda semua...tidak dan jangan sekali2 mencaci atau mengutuk mereka tidak kiralah di mana posisi anda...si fulan yang 'sakit hati' atau si pemberi 'sakit hati'...kenapa?sebabnya amatlah mudah lagi terang benderang...anda semua berSAUDARA!...mungkin secara teknikal tidak tetapi...tidak perlulah susah2 nak terangkan sebab anda semua mesti faham...ISLAM itu indah amat2..cukup dengan doa sebagai senjata ampuh memohon kefahaman+keindahan hidup berSAUDARA...siapalah kita?SIAPAlah kita untuk mengutuk/melabel/membeza2 dan mentakrif seseorang sebagai kurang beriman,eksyen,budget bagus,bodoh,jahiliyyah,sengal,syaitann dan banyak lagi....[maaf jika bahasa ini agak kasar tapi inilah realiti...sekadar contoh yang betul2 berlaku dan pernah didengar secara 'live']...jika anda melakukannya, lain dan tidak bukan ianya mendedahkan kelemahan diri anda sendiri...ketidakmampuan mengawal diri sendiri+nafsu...moga anda semua dijauhkan...amin.

"Hai orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-mengolokkan) wanita yang lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak taubat, maka mereka itulah orang yang zalim."-surah al-Hujurat:11

moga jika anda terkesan,ianya hanyalah datang dari Allah, ketidakpuasan hati dan yang mengecewakan hanyalah datang dari saya sendiri...wassalam.