Sunday, September 7, 2008

indahnya...

assalamualaikum..mari sama2 hayati..

Monday, July 21, 2008

musim dingin...

assalamualaikum..

alhamdulillah masih ada perasaan untuk tidak membiarkan blog nie bersawang berkeladak sedikit demi sedikit,maka saya datang menjenguk "kadang2" bila saya rasa tergerak nak tengok..maklumlah musim dingin semuanya jadi sedikit lambat tambahan saya jenis yang kurang tahan kesejukkan yang melampau.



Berbalik kepada aktiviti musim sejuk,mungkin hipotesis awal kalian terhadap saya adalah 'amir akan makan banyak dan banyak terperap didalam rumah'...memang betul dan boleh kiranya saya ingin berbuat sedemikian tetapi apalah makna winter tahun terakhir ini duduk didalam rumah tanpa menambah-baikkan diri sementara masa terluang dan lapang dari project thesis dan assignment uni..saya rasa anda semua akan setuju dengan pilihan saya. jadi saya menidakkan hipotesis umum dan menjadi sebaliknya
"Sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian.."dan seperti yang kita semua tahu pengakhiran ayat itu menegaskan yang mana tidak akan menjadi kerugian kepada mereka yang saling berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran..jadi saya sedaya boleh cuba untuk menjadi orang yang dipesankan dengan kebenaran dan kesabaran disamping sudah tentu 'opportunist' untuk memberi pesanan..."sampaikan walaupun satu ayat.." jadi jangan segan2..serlahkan kesungguhan dan keazaman yang tinggi agar kerja generasi selepas ini bertambah mudah.

Tuesday, April 29, 2008

mari fahami dan berfikir...

Bismillah..assalamualaikum..



grab from pelangibonda

lakukan sesuatu..berfikir sesuatu..bertindak dengan sesuatu demi kebahagiaan mereka...

Sunday, April 27, 2008

berehat

assalamualaikum..

Alhamdulillah petang tadi sangat seronok bermain bola di waterfront, walaupun sejuk dipukul bayu laut tapi amat berbaloi dalam ber'ukhwah' bersama dan rasanya itu adalah kali terakhir kot saya dapat bermain dalam minggu or bulan ini ekoran nikmat kesakitan yang diberi dapat juga saya rasai...rasanya hamstring.Peringatan untuk diri,moga2 lebih bersyukur dan selalu mengingati-NYA.

Selamat berjuang teman2 yg lain untuk f2L tournamnet next week.

Friday, April 11, 2008

profesionalism + kepenatan

Bismillah..assalamualaikum..

Dalam masa selang beberapa jam dua kali update.Ada sebab menyebabkan situasi menjadi begini.Alhamdulillah dah masuk final year dan sangat sibuk dengan submission n sangat relevant untuk bersikap professional dalam setip gerak kerja atau saya akan terlepas dan terbazir banyak masa dan peluang untuk menuju kearah kebaikan dan proses pembaikan diri.Betul apabila sudah bersikap profesional sudah tentu akan lebih mudah bekerjasama dan berinteraksi dengan hanya dengan insan2 yang juga mengamalkan profesionalism dalam kerja mereka."Direct to the point"...sikap yang perlu diterapkan agar anda tidak menyusahkan diri sendiri dan diri insan lain sebab mereka sangat2 banyak perkara lain yang perlu diuruskan selain menguruskan diri anda sahaja.Hanya istigfar dan doa yang mampu mengawal diri lantas menjurus kepada bersikap berlapang dada.

Syukur kepadaNYA kerana kehadiran "mereka" ini menyebabkan anda naik setaraf lebih tinggi lagi..insyaallah [sabar yang pertama itu yang diutamakan..]

SAYA SEMAKIN BUSY!

sekarang

Bismillah...assalamualaikum..

SEkarang sedang sibuk dan pening dengan benda ini.Mudah2an semuanya lancar dan berjaya seperti niat awal.insyaallah..ameen.



insyaallah akan diupdate after presentation and jika proceed lar..doakan saya.

Wednesday, April 9, 2008

kamu si pencari...

Bismillah..assalamualaikum..

Alhamdulillah,berkesempatan update sedikit.Mungkin sedikit sukar membiasakan diri "bercerita" sesuatu terutama saat2 kesibukkan yang sangat.Belajar di mana2 pun memang susah dan sentiasa sibuk,sentiasa lelah mengejar dateline yang beratur...memang betul fakta itu dan kita cuma perlu mendisplinkan diri melaluinya.Disini berlakunya proses mendisplinkan diri dan menyempurnakan tugasan dan yang lebih utama iaitu mengingati SiPencipta di setiap detik...dimasa yang sama memperbaharui niat agar tidak menjadi orang yang rugi; terlepas peluang menambah amal dalam kehidupan harian.



Belajar juga tidak terlepas dari sumber2 untuk menambah pahala,tanpa mengira ilmu apa yang dipelajari,membawa kepada kebaikan dan demiNYA,insyaallah ada ganjarannya.Ilmu di dunia ini sangatlah luas tidak terjangka,diselam tak jejak ke dasar,ditimba tak luak setitis pun..boleh dibayangkan sangatlah hebat ilmu milik Allah.Anda belajar engineering,anda mengaji master in architecture,anda berhempas pulas menghabiskan Phd...ada hati2 kecil yang berbangga tetapi disebalik kesenangan mendalami secebis ilmu berkenaan, masih banyak lagi ilmu murni diluar sana.

Bersihkan hati dan diri kita semua dalam mencari ilmu,agar resapan hati dan akal bertambah lancar, praktis dan berkongsi sesama teman,elak mencampur-adukkan noda di hati takut nanti ilmu mengalir keluar kerana dosa bertimbun.Ayuh mulakan niat keranaNYA dan mari MENCARI...

Thursday, March 27, 2008

semoga rintihan + doa si ibu makbul

Bismillah...assalamualaikum..

Tidak perlulah saya membebel panjang,anda dengar sendiri apa yang mereka hendak katakan dan itu tidak menipu sebenarnya.



semoga mereka dibela,bak kata makcik tu "pendatang asing duduk 20tahun boleh dapat i.c dan terbela tapi kami penduduk asal,tempatan dibuat macam sampah.."

"sabar makcik dan doa banyak2"..balas saya

"tapi itu dulu sekarang lain.."

Saturday, March 22, 2008

rumahku...

Bismillah..Assalamualaikum..

Syukur ditujukan buat pencipta terAGUNG memberi pinjam sedikit masa dan ruang untuk diri berfikir peranan diri di samping menghadirkan teman2 sejati yang tidak pernah lokek memimpin diri..ameen

Alhamdulillah,selepas gagal dapat menekan2 papan kekunci kerana windows'crash' akhirnya dapat juga betul2 menanam rasa betapa akan besarnya segala nikmat yang telah dikurniakan,semoga peringatan itu akan terus kekal dalam diri,menjadi guideline di masa hadapan..insyaallah.

oh rumahku..



tempat yang sangat sesuai untuk membentuk diri
tempat yang sangat sesuai untuk melatih diri bersangka baik
tempat untuk melatih diri bersabar
tempat untuk menunjukkan contoh yang baik
tempat yang melatih hidup dalam satu keluarga
tempat untuk berlatih mengalah dan bertegas
tempat untuk memperlengkapkan diri demi menghadapi mereka diluar sana...

mudah2an segalanya akan bertambah mudah..


p/s:"nikmat Allah datang dari sumber-sumber yang tidak kita ketahui"

Saturday, March 15, 2008

hati wanita...sikap lelaki

Bismillah..Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekali lagi sempat mencoret sesuatu di pagi yang dingin ini.menopang mata dari tertutup dengan laungan harmoni dari Raihan "ameen"...amat menenangkan malah memberikan seribu kekuatan untuk memerah otak kanan menyusun ayat-ayat luahan.

Wanita seringkali dianggap kaum yg lemah secara umum dan acapkali diprovikasi di mana-mana.Bagaimana lemahnya mereka?sangat tidak wajar jika menerima dan menelan bulat-bulat pandangan yang didengari tanpa berfikir dan mengkaji secara menyeluruh. Secara peribadi wanita hanyalah kekurangan dari segi emosi dan perasaan yang kadangkala bisa mengganggu susun atur harian.Air mata sangat sinonim dengan kaum hawa ini.Tapi keperihatinan dan kemudah-sentuhan hati dikalangan para hawa merupakan satu kelebihan jika diamati dengan sangat berhati-hati dan mendedahkan kelemahan kebanyakkan para adam.Kurangnya sensitiviti menyebabkan adam tidak atau sedikit sukar membaca hati wanita,peka tidak dengan harapan dan perlindungan yang mereka harapkan.Perlindungan yang bukan secara langsung,perlindungan yang sukar di nampak oleh mata biasa,perlindungan yang amat sulit dimengertikan dan perlindungan yang cilik lagi licik.



Ini sebenarnya masalah yang melanda,masalah bagi satu badan yang bernama ISLAM,mengibaratkan semua Islam sebagai bersaudara dan sebagai satu anggota.Metaphorakan Islam sebagai satu badan yang yang saling melengkapi,fitrahnya semua anggota akan bergerak bertindak balas seiring dengan kehendak diri tapi entah macam mana tiba-tiba tangan diluar kawal diri,bertindak mengikut nafsu sendiri,sedikit pun tidak kisah nasib anggota lain...terus dengan bangga membalingan sarang tebuan yang sarat dengan tentera setia sang pemaisuri...boleh agak penamatnya? Refleksi spontan seluruh badan akan bergerak akibat tindakan "bijak" tangan.....kaki "terpaksa" berhempas pulas menuju ke arah yang lebih selamat,otak ligat berfikir,mata meliar melarikan diri...semuanya menanggung "kebaikkan" tangan tadi.Alahai naseb badan.Begitu juga jika anggota lain mendatangkan masalah.

Siapa mahu jadi tangan?

Maaf jika kami kaum adam mengabaikan hak-hak dan perlindungan kepada anda semua wahai para hawa.

Jadilah tangan yang peka dengan kehendak satu badan...jadilah tangan yang akan membersihkan kekotoran satu badan, supaya kelihatan bersih dimata dunia..insyaAllah

p/s:saya dah jumpa ramai wanita yang jauh lebih gagah dari lelaki...

Tuesday, March 11, 2008

selamatkah mereka hari ini?

Bismillah..Assalamualaikum..

Pilihanraya sudahpun berlalu dan kembali ke kondisi asal,tapi bagaimana kehidupan mereka...pernahkah berubah dari dulu sehingga saat ini...doa pengharapan agar semuanya akan tammat dan aman kembali..ameen



dunia islam,dimanakah anda semua?

Saturday, March 8, 2008

proud to be malaysian

Bismillah...Assalamualaikum...

Suasana di geelong pada pagi ahad 09/03 sunyi dan senyap...sepi seperti tidak bernyawa.Meninggalkan semua hal2 duniawi terbiar tidak bertuan...kosong dan kosong seperti tin-tin kosong..tiada siapa yang hendak ambil peduli dan kesah.Kelihatan raut wajah tenang sambil tersenyum sinis kekadang, barangkali sangat indah janji-janji mimpi yang sedang dialami...sangat tenang seperti tidak kalah suasana kampung,cuma kurangnya tiada ayam berkokok sahaja.

Tiba-tiba....tiba-tiba...tut tut tut tut...wahhhrghh,fareed...alhamdulillah yes!gelombang yang dah berjanggut kami sangat2 tunggukan akhirnya muncul tiba.Dalam sekelip mata keadaan berputar 360 darjah,memutarkan kesunyian dan kehambaran ke dalam lubang kesia-siaan dan menurunkan hujan kegembiraan bertaburan memenuhi segenap ruang jiwa-jiwa muda.



Allahuakbar...proud to be malaysian because Malaysian memang sangat berani.Berani untuk menjelmakan kesegaran dan kecantikan dalam merealisasikan keadilan itu sendiri.Mentaliti masyarakat sudah berubah seiring kemajuan yang dibawa oleh tampuk kerajaan terdahulu...jangan lupa ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada mereka,sangat hargai cumanya masa menuntut lebih "sedikit" pembaharuan dalam menyelami arus penuh cabaran,memupukpenuh potensi malaysian dan sentiasa bersyukur atas segala anugerahNYA.

Alhamdulillah,speechless....



Buat pemenang-pemenang hati rakyat,uruskan lah amanah yang dipikul dengan baik dan belajar dari kesilapan dan sejarah...insyaallah akan bertambah baik.

Wednesday, March 5, 2008

momentum 2008

Bismillah..Assalamualikum...



Alhamdulillah sudah 3hari bermulanya sekolah,sudah seminggu di negara asing, sudah beberapa bulan melepasi tahun 2008 dan sudah 23tahun menikmati nikmat yang xterkata...sangat bernilai dan berharga dalam memandu diri hari demi hari iaitu iman + Islam...tapi beberapa hari lagi nak pilihanraya!semoga yang terbaik untuk Malaysia tercinta.Teruskan momentum tahun-tahun lepas ke tahun ini...teruskan kebaikan2 yang anda semaikan,istiqamahkan amalan-amalan fardhu dan sunat yang sering anda lakukan,teruskan matlamat-matlamat yang hendak dicapai atau yang tertangguh tahun lepas ke tahun ini dengan momentum yang lebih hebat dan dasyat.Salam berjaya untuk semua termasuk diri saya sendiri.yeahh!

Monday, March 3, 2008

semangat...ubah gaya hidup atau ubah kerajaan?

Bismillah...Assalamualaikum..

Sempena pilihanraya yang bakal menjelang tiba,saya sajikan anda yang sudi menjengah blog ini dengan santapan minda supaya khasiat darinya akan memudahkan anda untuk memangkah di hari penentuan nanti..insyaallah



credit:Youth for Change

p/s:mungkin boleh sebar2kan sebagai sumber informasi..malaysiakan negara demokrasi...

Friday, February 29, 2008

hadiahkan kebebasan

Bismillah..Assalamualaikum

Kepala semakin berdenyut-denyut,jantung semakin berdegup kencang,gugur rambut semakin pantas,credit handphone melambung tinggi,panas hati mendidih membuak2, telunjuk jari menunjuk ke semua arah,sana..situ..kamu..awak,semuanya kelam ribut,kabut serabut,semuanya berlalu mengalir laju seperti lelehan air bukit selepas bah...rumusan ringkas situasi Malaysia ketika ini.Kekabutan awal tiada siapa kesah asal demi menjamin masa depan semua pihak...semua pihak?...individukah?rakyatkah?sekelompok manusiakah?...itulah Malaysia ketika ini.



Sebagai generasi baru,bukanlah perkara pelik sekiranya baru tertarik untuk mendalami polimik [politik+gimik] Malaysia semenjak berstatus sebagai pengundi,tanggungjawab terbeban keatas diri menentukan pemimpin yang se"benar",memahami asas2 perjuangan parti2 yang membabitkan diri,menyelidiki individu2 yang berusaha memenangi hati kami rakyat2 di luar ini,janji2 yang di provokasi,mentaliti pemimpin dalam melayani kehendak kami para jelata,dan struktur organisasi parti2 dalam melancarkan kempen mendominasi jiwa2 Malaysiakini.

Semenjak kecil,persekitaran amat kerap sekali menyediakan satu persepsi tipikal terhadap pilihanraya di MAlaysia...ketidaksamarataan+monopoli.Salah faham yang berlaku ketika baru mula2 mengenal yang negara ini sebenarnya diketuai oleh seorang ketua yang bernama perdana menteri..."Kenapa perlu adanya pilihanraya jika tiada lawan?"..."Lawan dengan siapa?"..."kenapa asyik diorang sahaja yang menang..?"...dan banyak lagi soalan2 mudah yang terawang-awangan di minda tanpa ada yang sudi menjawab.Sangat mudah untuk mengesan perbezaan warna bendera yang berwarna-warni tergantung sana sini,berbagai saiz dan corak,dihiasi wajah2 orang2 yang berlainan...bersongkok dan juga yang berketayap,tapi sangat sukar untuk membezakan siapa mereka dan untuk apa muka mereka terpampang di situ.



Kebebasan~!kemudahan untuk mendapatkan maklumat kebenaran.Nah di sini kurangnya kebijaksanaan dalam menyalurkan kesamarataan maklumat sehingga zaman muda kami para generasi baru ini seringkali keliru dan samar2 pening dengan suasana yang berlaku.SEmoga keadaan kini semakin bertambah baik seiring dengan kemajuan negara,semoga keadaan matang seiring dengan kematangan pemikiran rakyat2 Malaysia, dan semoga keadaan Malaysia bertambah baik seiring dengan statusnya sebagai Negara Islam kerna Islam itu amat sayangkan keadilan.Insyaallah.

p/s:selamat mengundi kepada rakyat Malaysia...mengundilah untuk matlamat yang hakiki.

Saturday, February 23, 2008

thesis mode

Bismillah..Assalamualaikum...

SEmester baru insyaallah akan bermula lebih kurang seminggu dan insyaallah akan bermula dengan research ntok tajuk+issue thesis.Masa belajar adalah masa untuk mencuba dan membuat kesilapan dan keberdayaan untuk keluar dari kebiasaan mampu mendorong seseorang untuk mengoptimumkan kemampuan dan kebolehan diri sendiri lantas mencipta dimensi baru dalam cara berfikir dan bertindak tapi perlu sentiasa tabah dan sabar sebab dengan memilih cara ini anda sangat mudah untuk gagal dan kecewa kiranya tidak benar2 cekal dan istiqamah.



JAdi isunyer sekarang ialah masih dalam kondisi kekalutan untuk mencari isu bagi thesis."Apa saya boleh sumbangkan untuk masyarakat Islam"? Memikirkan kebarangkalian kesamaran untuk menyumbang pabila dah kerja nanti agak rendah disebabkan beberapa faktor,jadi masa thesis lar mungkin agak ideal dan sesuai. idea awal adalah untuk cari apa2 isu yang agak sesuai dgn standard thesis[complexity].

Antara proposal:
a]masalah pelarian [penempatan]---seperti isu dunia jer tp mungkin boleh kecilkan scope,lebih kepada design temporarily shelter utk mereka
b]facilities for disable people - maybe mcm perkampungan hadhari kt Terengganu tapi this one nama dier perkampungan insan istemewa [comprehensive for disable]
c]masih xdapat
d]masih xdapat

JAdi sesiapa yang ada idea walaupun sedikit,maybe boleh share dan jgn segan2 untuk ekspresikan ideamu untuk menambahbaik proposal saya ini...cepat2..

p/s:sedikit cemas...

Thursday, February 21, 2008

surat cinta

Assalamualaikum...

Video ini kene tengok mengikut turutan..







Surat cinta dan remaja seringkali berkait rapat...tapi bagaimana erti surat cinta yang sebenar bagi individu yang sedar akan status sebenar sebagai seorang ISlam/MUslim..insyaallah sama2 hayati...

Wednesday, February 20, 2008

pilihanraya + politik

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...alhamdulillah kenyang makan keropok lekor harinie...naseb baik sempat makan sebelum balik kulliyyah...dan dalam minggu nie juga kenyang hati dan minda menerima suapan porpaganda + dakyah taktik parti2 yang bertanding.Masing2 dengan usaha terunik untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat.MEmang sukar untuk disangkal propaganda dan manefesto sesebuah parti amat penting,mencerminkan kesungguhan + kematangan pucuk pimpinan mencorak haluan masa depan negara,memperhalusi setiap inci permasalahan dan menjiwai secara detail lorong+simpang penyelesaian...Bukan mudah ditambah pula dengan mentaliti rakyat yang lebih mengharapkan manefesto2 yang terlaksana secara ekspress tetapi itulah hakikat yang parti2 bertanding perlu ambil kira dalam merekacipta janji2 kepada rakyat. Secara ringkasnya dibawah antara dialog2 yang berkumandang..



Tidaklah mahu memihak kepada mana2 parti tetapi mungkin untuk meng"highlight"kan beberapa perkara yang saya sendiri anggap sedikit keterlaluan dan kiranya tidak berhati2 boleh merosakkan aqidah.Tidak perlulah terlalu berkobar2 sehingga meletakkan hukum +logik akal manusia melebihi hukam agama.Dan perlu ditekankan masyarakat sekarang sudah 50tahun merdeka,bermakna sudah semakin matang dalam menilai dan menafsir tindaktanduk dan muslihat pemimpin.Kami sudah boleh berfikir wahai pemimpin!.

1]Nikmat - sudah ada teriakkan sesetengah pemimpin yang mengaku dan berbesar hati mengatakan merekalah pemberi segala nikmat yang kita nikmati hari ini. NIkmat ini akan kekal selagimana rakyat terus memangkah mereka untuk penggal yang seterusnya.

2]Undang2 Allah - persoalan tentang kewarasan + kesesuaian hukum Islam dilaksanakan.Ada pemimpin yang meragui keberkesanan dan berpendapat perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat.Bagi saya dalam erti kata lain mereka kurang setuju sebenarnya.Itu pendapat saya.

3]Bahasa Melambangkan bangsa+peribadi+agama+mentaliti/pemikiran - Bak pepatah MElayu,bahasa melambangkan bangsa tapi saya nak tambah sedikit hujungnya dengan "...melambangkan peribadi+agama+mentaliti"...Mengapa?Insan yang berperibadi mulia dan tinggi akhlaknya which is secara tidak langsung melambangkan keutuhan pegangan agamanya dan mempengaruhi method pemikirannya tidak akan berbahas mengikut nafsu dan api kemarahan...menggunakan bahasa kesat,caci mencaci,mengutuk dan mendedahkan keburukan dan salahlaku pihak lain tanpa mengemukakan bukti...jika kabar angin itu tidak benar, statusnya berubah dari tuduhan kepada fitnah.Anda sanggupkah menanggungnya..?

4]Bersumpah dengan nama Allah - ucapan mencaci dan diselang seli kata2 kesat tapi terselit juga kata2 sumpah dengan nama Allah...apa makna ini semua?mempermainkan kalimah dengan sewenang-wenangnya.Mungkin juga masyarakat sudah terbiasa sekadar mengucapkan kalimah sedimikian tanpa sedar betapa besar makna+maksud kalimat tersebut...

Isu di atas mungkin nampak remeh tapi sudah cukup bagi saya sebagai kayu pengukur paling mudah untuk menilai siapa yang betul dan siapa yang kurang tepat.Tanggungjawab mengundi amat penting bagi setiap individu kerana "..siapalah pemimpin tanpa undi anda semua.."..dan pemilihan pucuk pimpinan perlulah berdasarkan matlamat jangka panjang.Kalau anda berjuang bermati-matian untuk keselesaaan diri anda sendiri,mungkin boleh revise semula tindakan anda.Pengundi paling muda paling kurang berumur 21 tahun,maka sudah 21tahun anda mengecapi hidup,sudah puas mengenal selok belok dan membezakan antara kebenaran yang sebenar dan kepalsuan yang sejati.Tapi...

Tapi cuba anda fikirkn nasib generasi muda,anak2 yang baru mengenal dunia, si cilik yang masih sukar membezakan baik dan buruk, remaja yang masih keliru dalam memilih peribadi yang mithali...suasana amat penting bagi mereka...yea memang betul,suasana yang baik menjurus outcome yang baik.

Ibaratkan generasi muda ini sebagai span basuh pinggan yang baru dibeli di kedai,bersih cantik,suci dan masih teguh bentuknya.Nak basuh pinggan mestilah menggunakan air dan objek cucian adalah pinggan mangkuk. Ibarat air sebagai environment dan pinggan mangkuk sebagai outcome/hasil.Kiranya span itu diletakkan ke dalam air yang bersih dan digosokkan ke pinggan, sudah tentu pinggan pun akan bersih.Ye BERSIH!..tapi bagaimana sebaliknya? tiada siapa yang nakkan pinggan yang kotor dan berbau.Itu memang pasti.

Jadi pemilihan "acuan" yang betul dan sahih perlu untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan BERSIH...insyaallah

fikir2kan bersama..

Monday, February 18, 2008

Air Mata PAlestin 2008 + dunia MAlaysia


Bismillah...Assalamualaikum..

Kuala Pilah,15 feb - Air MAta Palestin sudah pun berlangsung dgn jayanya pada jumaat lepas bertempat di masjid jamek yam tuan Raden,Kuala Pilah.Anjuran ISMA [ikatan Islam Malaysia] dan Aman PAlestin, lebih bermotifkan memberi gambaran sebenar dan terkini isu saudara seagama kita di dunia sana.Antara speaker yang hadir Dr. Yusof Abbas+Mejar NAdzri Munsman+Dr ZainurRasyid.Syabas kpd ISMA yang berusaha membawa kefahaman ke serata negara especially tentang permasalahan yg sedang melanda umat Islam seanteronya terutamanya ke Kuala Pilah yang mungkin sedikit kurang termaklum dengan keadaan semasa [mungkin].


Ada juga persoalan yang dihangatkan: apa peranan kita dan bagaimana kita boleh menyumbang.MMg masa sesi soaljawab kerap kali soalan sama diutara cuma susunatur bahasa jer yang berlainan.Peranan yang mudah yang mampu dan boleh anda semua lakukan ialah meng'update diri dengan peristiwa terkini masyarakat Islam e.g palestine etc dan sebarkan.Anda bertanggungjawab menyedarkan masyarakat sekeliling,kejutkan lamunan remeh temeh mereka yang kurang or tidak memberi faedah langsung kepada diri mereka langsung, bersorak berpekik dan terkinja2 menyokong artis pujaan,merelakan diri menderma credit semata-mata memenangkan "penyanyi" yang belum tentu dapat menyumbang kepada masyarakat.Nanti last2 sekali apa yang kamu semua dapat?artis yang disokong itu puun belum tentu kenal kamu semua.PErsoalannya akhir ialah kesan kehadiran artis yang disokong itu kedalam kelompok masyarakat...menjurus kepada kebaikan atau sebaliknya.Bagaimana jika muda-mudi bertambah rosak,mula berkokok2 suara2 individu ayng tidak setuju tapi kena flashback tindakan awalan kamu semua "siapa artis itu tanpa undi anda semua?"..

Anda2 yang sedar ini lah perlu kejutkan masyarakat keliling pinggang supaya undi pula pejuang2 yang bermatlamatkan keredhaan Tuhannya, yang bernaung dibawah akademi Islam,tidak jemu2 berusaha untuk melahirkan suasana dimana kemustahilan sangat2 islam dipijak2 begitu sahaja.Percikan kesedaran dah mula menyala,terpulang kepada anda untuk pastikan ianya nyala lebih besar biar semua orang sedar.

Sebelum itu,td sempat dengar ada ustaz cakap, "jangan ingat semua rezeki yang halal itu diredhai oleh Allah"...mungkin ada sedikit relationship dengan isu palestine,yang mana rezeki yang diperolehi hanya untuk kemaslahatan diri sendiri tanpa peduli nasib seagama...mendermalah seadanya.Fikir2kan lah.

Friday, February 15, 2008

syariatullah + sunnatullah [01]



Bismillah...assalamualaikum buat semua.
Alhamdulillah jutaan syukur buat Pencipta kerana meminjamkn usia disamping anugerah iman+islam dalam menyelesaikan tugasan harian..insyaallah.

OK sesi bercerita pulak.Last wednesday [13/02] saya berkesempatan untuk m'dngar sesi tazkirah maghrib di surau An-Nur,Bangi oleh Ustaz Hasrizal yang lebih famous dengan blog Saifulislam...konfem anda semua familiarkn.jemput2 lar lawat ke blog beliau,insyaallah bnyk input berguna.

Tazkirah yang ringkas,santai dan mudah difahami serta diselangselikan dengan cerita2 bercorak kemasyarakatan amat mudah diterima hatta kanak2 kecil sekali pun.Matlamat bukan lah untuk menambahkan ilmu yang sedia ada tapi lebih kepada menambahfaham ilmu yang sudah difahami dan praktikal.Beberapa soalan provokasi yang diajukan "Apa itu islam?"..."Mengapa umat Islam sekarang makin lemah dan mudah dipermain2kn?...lebih kurang begitu bunyinya. Untuk menjawab soalan pertama,secara ringkasnya,Islam itu boleh, mampu dan mesti diperkatakan dalam semua segi aspek kehidupan.Maknanya xde benda dalam hidup ini yang tidak boleh dikait dengan pandangan menurut syariat Islam.Hanya segerombolan manusia yang kurang faham dan berjiwa tabah memperjuangkan pengecualian agama dari aspek2 tertentu kehidupan..kesian.

Al-Mulk:02"Yang menciptakan mati dan hidup,untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan dia Mahaperkasa,Maha Pengampun........" ayat yang menjelaskan hidup kita sebenarnya tak lain dan tidak adalah untuk menyelesaikan masalah yang tiap2 hari wujud.Eh bunyi macam budak yang masih bersekolah...haa betul lar tue..tapi madrasah Allah untuk melahirkan insan2 yang berkualiti,sedar tanggungjawab sebenar dan tahu arah hidup...masalah harian yang bertubi2 selama 365hari x berapa tahun jangka hayat seseorng itulah tempoh ujian yang genting dalam memilih siapa yang dpat bertahan sampai ke akhirnya...dan ramai yang terbabas sejak dari mula,pertengahan dan hampir2 ke hujung...Sikap terhadap cabaran/kematangan menemukeluar jalan penyelesaian yang m'bezakan "full time" muslim + non-muslim.

"only 10% masalah yang berlaku ke atas kita tetapi 90% b'gantung kepada bagaimana kita bertindak balas terhadap cabaran"...fikirkan..

jadi untuk sambungan nya sile lar lawati saifulislam "Mencari Kemenangan dengan acuan Allah"..insyaallah lebih jelas..

Wednesday, February 13, 2008

masih terlena


Bismillah...assalamualaikum..

Sudah bersawang blog ini tidak terurus,melampiaskan sedikit kesedihan si penulis akan kurangnya peluang untuk mencurahkan walau sedikit perahan otak.Bukan lah berbakat untuk menulis tp berkongsi sekadar termampu...insyaallah kita cuba yg lebih baik selepas ini.