Friday, February 15, 2008

syariatullah + sunnatullah [01]



Bismillah...assalamualaikum buat semua.
Alhamdulillah jutaan syukur buat Pencipta kerana meminjamkn usia disamping anugerah iman+islam dalam menyelesaikan tugasan harian..insyaallah.

OK sesi bercerita pulak.Last wednesday [13/02] saya berkesempatan untuk m'dngar sesi tazkirah maghrib di surau An-Nur,Bangi oleh Ustaz Hasrizal yang lebih famous dengan blog Saifulislam...konfem anda semua familiarkn.jemput2 lar lawat ke blog beliau,insyaallah bnyk input berguna.

Tazkirah yang ringkas,santai dan mudah difahami serta diselangselikan dengan cerita2 bercorak kemasyarakatan amat mudah diterima hatta kanak2 kecil sekali pun.Matlamat bukan lah untuk menambahkan ilmu yang sedia ada tapi lebih kepada menambahfaham ilmu yang sudah difahami dan praktikal.Beberapa soalan provokasi yang diajukan "Apa itu islam?"..."Mengapa umat Islam sekarang makin lemah dan mudah dipermain2kn?...lebih kurang begitu bunyinya. Untuk menjawab soalan pertama,secara ringkasnya,Islam itu boleh, mampu dan mesti diperkatakan dalam semua segi aspek kehidupan.Maknanya xde benda dalam hidup ini yang tidak boleh dikait dengan pandangan menurut syariat Islam.Hanya segerombolan manusia yang kurang faham dan berjiwa tabah memperjuangkan pengecualian agama dari aspek2 tertentu kehidupan..kesian.

Al-Mulk:02"Yang menciptakan mati dan hidup,untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan dia Mahaperkasa,Maha Pengampun........" ayat yang menjelaskan hidup kita sebenarnya tak lain dan tidak adalah untuk menyelesaikan masalah yang tiap2 hari wujud.Eh bunyi macam budak yang masih bersekolah...haa betul lar tue..tapi madrasah Allah untuk melahirkan insan2 yang berkualiti,sedar tanggungjawab sebenar dan tahu arah hidup...masalah harian yang bertubi2 selama 365hari x berapa tahun jangka hayat seseorng itulah tempoh ujian yang genting dalam memilih siapa yang dpat bertahan sampai ke akhirnya...dan ramai yang terbabas sejak dari mula,pertengahan dan hampir2 ke hujung...Sikap terhadap cabaran/kematangan menemukeluar jalan penyelesaian yang m'bezakan "full time" muslim + non-muslim.

"only 10% masalah yang berlaku ke atas kita tetapi 90% b'gantung kepada bagaimana kita bertindak balas terhadap cabaran"...fikirkan..

jadi untuk sambungan nya sile lar lawati saifulislam "Mencari Kemenangan dengan acuan Allah"..insyaallah lebih jelas..

No comments: