Wednesday, April 9, 2008

kamu si pencari...

Bismillah..assalamualaikum..

Alhamdulillah,berkesempatan update sedikit.Mungkin sedikit sukar membiasakan diri "bercerita" sesuatu terutama saat2 kesibukkan yang sangat.Belajar di mana2 pun memang susah dan sentiasa sibuk,sentiasa lelah mengejar dateline yang beratur...memang betul fakta itu dan kita cuma perlu mendisplinkan diri melaluinya.Disini berlakunya proses mendisplinkan diri dan menyempurnakan tugasan dan yang lebih utama iaitu mengingati SiPencipta di setiap detik...dimasa yang sama memperbaharui niat agar tidak menjadi orang yang rugi; terlepas peluang menambah amal dalam kehidupan harian.



Belajar juga tidak terlepas dari sumber2 untuk menambah pahala,tanpa mengira ilmu apa yang dipelajari,membawa kepada kebaikan dan demiNYA,insyaallah ada ganjarannya.Ilmu di dunia ini sangatlah luas tidak terjangka,diselam tak jejak ke dasar,ditimba tak luak setitis pun..boleh dibayangkan sangatlah hebat ilmu milik Allah.Anda belajar engineering,anda mengaji master in architecture,anda berhempas pulas menghabiskan Phd...ada hati2 kecil yang berbangga tetapi disebalik kesenangan mendalami secebis ilmu berkenaan, masih banyak lagi ilmu murni diluar sana.

Bersihkan hati dan diri kita semua dalam mencari ilmu,agar resapan hati dan akal bertambah lancar, praktis dan berkongsi sesama teman,elak mencampur-adukkan noda di hati takut nanti ilmu mengalir keluar kerana dosa bertimbun.Ayuh mulakan niat keranaNYA dan mari MENCARI...

No comments: