Alhamdulillah sekali lagi sempat mencoret sesuatu di pagi yang dingin ini.menopang mata dari tertutup dengan laungan harmoni dari Raihan "ameen"...amat menenangkan malah memberikan seribu kekuatan untuk memerah otak kanan menyusun ayat-ayat luahan.
Wanita seringkali dianggap kaum yg lemah secara umum dan acapkali diprovikasi di mana-mana.Bagaimana lemahnya mereka?sangat tidak wajar jika menerima dan menelan bulat-bulat pandangan yang didengari tanpa berfikir dan mengkaji secara menyeluruh. Secara peribadi wanita hanyalah kekurangan dari segi emosi dan perasaan yang kadangkala bisa mengganggu susun atur harian.Air mata sangat sinonim dengan kaum hawa ini.Tapi keperihatinan dan kemudah-sentuhan hati dikalangan para hawa merupakan satu kelebihan jika diamati dengan sangat berhati-hati dan mendedahkan kelemahan kebanyakkan para adam.Kurangnya sensitiviti menyebabkan adam tidak atau sedikit sukar membaca hati wanita,peka tidak dengan harapan dan perlindungan yang mereka harapkan.Perlindungan yang bukan secara langsung,perlindungan yang sukar di nampak oleh mata biasa,perlindungan yang amat sulit dimengertikan dan perlindungan yang cilik lagi licik.

Ini sebenarnya masalah yang melanda,masalah bagi satu badan yang bernama ISLAM,mengibaratkan semua Islam sebagai bersaudara dan sebagai satu anggota.Metaphorakan Islam sebagai satu badan yang yang saling melengkapi,fitrahnya semua anggota akan bergerak bertindak balas seiring dengan kehendak diri tapi entah macam mana tiba-tiba tangan diluar kawal diri,bertindak mengikut nafsu sendiri,sedikit pun tidak kisah nasib anggota lain...terus dengan bangga membalingan sarang tebuan yang sarat dengan tentera setia sang pemaisuri...boleh agak penamatnya? Refleksi spontan seluruh badan akan bergerak akibat tindakan "bijak" tangan.....kaki "terpaksa" berhempas pulas menuju ke arah yang lebih selamat,otak ligat berfikir,mata meliar melarikan diri...semuanya menanggung "kebaikkan" tangan tadi.Alahai naseb badan.Begitu juga jika anggota lain mendatangkan masalah.
Siapa mahu jadi tangan?
Maaf jika kami kaum adam mengabaikan hak-hak dan perlindungan kepada anda semua wahai para hawa.
Jadilah tangan yang peka dengan kehendak satu badan...jadilah tangan yang akan membersihkan kekotoran satu badan, supaya kelihatan bersih dimata dunia..insyaAllah
p/s:saya dah jumpa ramai wanita yang jauh lebih gagah dari lelaki...






