Assalamualaikum...
Video ini kene tengok mengikut turutan..
Surat cinta dan remaja seringkali berkait rapat...tapi bagaimana erti surat cinta yang sebenar bagi individu yang sedar akan status sebenar sebagai seorang ISlam/MUslim..insyaallah sama2 hayati...
Thursday, February 21, 2008
Wednesday, February 20, 2008
pilihanraya + politik
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...alhamdulillah kenyang makan keropok lekor harinie...naseb baik sempat makan sebelum balik kulliyyah...dan dalam minggu nie juga kenyang hati dan minda menerima suapan porpaganda + dakyah taktik parti2 yang bertanding.Masing2 dengan usaha terunik untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat.MEmang sukar untuk disangkal propaganda dan manefesto sesebuah parti amat penting,mencerminkan kesungguhan + kematangan pucuk pimpinan mencorak haluan masa depan negara,memperhalusi setiap inci permasalahan dan menjiwai secara detail lorong+simpang penyelesaian...Bukan mudah ditambah pula dengan mentaliti rakyat yang lebih mengharapkan manefesto2 yang terlaksana secara ekspress tetapi itulah hakikat yang parti2 bertanding perlu ambil kira dalam merekacipta janji2 kepada rakyat. Secara ringkasnya dibawah antara dialog2 yang berkumandang..

Tidaklah mahu memihak kepada mana2 parti tetapi mungkin untuk meng"highlight"kan beberapa perkara yang saya sendiri anggap sedikit keterlaluan dan kiranya tidak berhati2 boleh merosakkan aqidah.Tidak perlulah terlalu berkobar2 sehingga meletakkan hukum +logik akal manusia melebihi hukam agama.Dan perlu ditekankan masyarakat sekarang sudah 50tahun merdeka,bermakna sudah semakin matang dalam menilai dan menafsir tindaktanduk dan muslihat pemimpin.Kami sudah boleh berfikir wahai pemimpin!.
1]Nikmat - sudah ada teriakkan sesetengah pemimpin yang mengaku dan berbesar hati mengatakan merekalah pemberi segala nikmat yang kita nikmati hari ini. NIkmat ini akan kekal selagimana rakyat terus memangkah mereka untuk penggal yang seterusnya.
2]Undang2 Allah - persoalan tentang kewarasan + kesesuaian hukum Islam dilaksanakan.Ada pemimpin yang meragui keberkesanan dan berpendapat perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat.Bagi saya dalam erti kata lain mereka kurang setuju sebenarnya.Itu pendapat saya.
3]Bahasa Melambangkan bangsa+peribadi+agama+mentaliti/pemikiran - Bak pepatah MElayu,bahasa melambangkan bangsa tapi saya nak tambah sedikit hujungnya dengan "...melambangkan peribadi+agama+mentaliti"...Mengapa?Insan yang berperibadi mulia dan tinggi akhlaknya which is secara tidak langsung melambangkan keutuhan pegangan agamanya dan mempengaruhi method pemikirannya tidak akan berbahas mengikut nafsu dan api kemarahan...menggunakan bahasa kesat,caci mencaci,mengutuk dan mendedahkan keburukan dan salahlaku pihak lain tanpa mengemukakan bukti...jika kabar angin itu tidak benar, statusnya berubah dari tuduhan kepada fitnah.Anda sanggupkah menanggungnya..?
4]Bersumpah dengan nama Allah - ucapan mencaci dan diselang seli kata2 kesat tapi terselit juga kata2 sumpah dengan nama Allah...apa makna ini semua?mempermainkan kalimah dengan sewenang-wenangnya.Mungkin juga masyarakat sudah terbiasa sekadar mengucapkan kalimah sedimikian tanpa sedar betapa besar makna+maksud kalimat tersebut...
Isu di atas mungkin nampak remeh tapi sudah cukup bagi saya sebagai kayu pengukur paling mudah untuk menilai siapa yang betul dan siapa yang kurang tepat.Tanggungjawab mengundi amat penting bagi setiap individu kerana "..siapalah pemimpin tanpa undi anda semua.."..dan pemilihan pucuk pimpinan perlulah berdasarkan matlamat jangka panjang.Kalau anda berjuang bermati-matian untuk keselesaaan diri anda sendiri,mungkin boleh revise semula tindakan anda.Pengundi paling muda paling kurang berumur 21 tahun,maka sudah 21tahun anda mengecapi hidup,sudah puas mengenal selok belok dan membezakan antara kebenaran yang sebenar dan kepalsuan yang sejati.Tapi...
Tapi cuba anda fikirkn nasib generasi muda,anak2 yang baru mengenal dunia, si cilik yang masih sukar membezakan baik dan buruk, remaja yang masih keliru dalam memilih peribadi yang mithali...suasana amat penting bagi mereka...yea memang betul,suasana yang baik menjurus outcome yang baik.
Ibaratkan generasi muda ini sebagai span basuh pinggan yang baru dibeli di kedai,bersih cantik,suci dan masih teguh bentuknya.Nak basuh pinggan mestilah menggunakan air dan objek cucian adalah pinggan mangkuk. Ibarat air sebagai environment dan pinggan mangkuk sebagai outcome/hasil.Kiranya span itu diletakkan ke dalam air yang bersih dan digosokkan ke pinggan, sudah tentu pinggan pun akan bersih.Ye BERSIH!..tapi bagaimana sebaliknya? tiada siapa yang nakkan pinggan yang kotor dan berbau.Itu memang pasti.
Jadi pemilihan "acuan" yang betul dan sahih perlu untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan BERSIH...insyaallah
fikir2kan bersama..

Monday, February 18, 2008
Air Mata PAlestin 2008 + dunia MAlaysia
Bismillah...Assalamualaikum..
Kuala Pilah,15 feb - Air MAta Palestin sudah pun berlangsung dgn jayanya pada jumaat lepas bertempat di masjid jamek yam tuan Raden,Kuala Pilah.Anjuran ISMA [ikatan Islam Malaysia] dan Aman PAlestin, lebih bermotifkan memberi gambaran sebenar dan terkini isu saudara seagama kita di dunia sana.Antara speaker yang hadir Dr. Yusof Abbas+Mejar NAdzri Munsman+Dr ZainurRasyid.Syabas kpd ISMA yang berusaha membawa kefahaman ke serata negara especially tentang permasalahan yg sedang melanda umat Islam seanteronya terutamanya ke Kuala Pilah yang mungkin sedikit kurang termaklum dengan keadaan semasa [mungkin].
Ada juga persoalan yang dihangatkan: apa peranan kita dan bagaimana kita boleh menyumbang.MMg masa sesi soaljawab kerap kali soalan sama diutara cuma susunatur bahasa jer yang berlainan.Peranan yang mudah yang mampu dan boleh anda semua lakukan ialah meng'update diri dengan peristiwa terkini masyarakat Islam e.g palestine etc dan sebarkan.Anda bertanggungjawab menyedarkan masyarakat sekeliling,kejutkan lamunan remeh temeh mereka yang kurang or tidak memberi faedah langsung kepada diri mereka langsung, bersorak berpekik dan terkinja2 menyokong artis pujaan,merelakan diri menderma credit semata-mata memenangkan "penyanyi" yang belum tentu dapat menyumbang kepada masyarakat.Nanti last2 sekali apa yang kamu semua dapat?artis yang disokong itu puun belum tentu kenal kamu semua.PErsoalannya akhir ialah kesan kehadiran artis yang disokong itu kedalam kelompok masyarakat...menjurus kepada kebaikan atau sebaliknya.Bagaimana jika muda-mudi bertambah rosak,mula berkokok2 suara2 individu ayng tidak setuju tapi kena flashback tindakan awalan kamu semua "siapa artis itu tanpa undi anda semua?"..
Anda2 yang sedar ini lah perlu kejutkan masyarakat keliling pinggang supaya undi pula pejuang2 yang bermatlamatkan keredhaan Tuhannya, yang bernaung dibawah akademi Islam,tidak jemu2 berusaha untuk melahirkan suasana dimana kemustahilan sangat2 islam dipijak2 begitu sahaja.Percikan kesedaran dah mula menyala,terpulang kepada anda untuk pastikan ianya nyala lebih besar biar semua orang sedar.
Sebelum itu,td sempat dengar ada ustaz cakap, "jangan ingat semua rezeki yang halal itu diredhai oleh Allah"...mungkin ada sedikit relationship dengan isu palestine,yang mana rezeki yang diperolehi hanya untuk kemaslahatan diri sendiri tanpa peduli nasib seagama...mendermalah seadanya.Fikir2kan lah.
Friday, February 15, 2008
syariatullah + sunnatullah [01]

Bismillah...assalamualaikum buat semua.
Alhamdulillah jutaan syukur buat Pencipta kerana meminjamkn usia disamping anugerah iman+islam dalam menyelesaikan tugasan harian..insyaallah.
OK sesi bercerita pulak.Last wednesday [13/02] saya berkesempatan untuk m'dngar sesi tazkirah maghrib di surau An-Nur,Bangi oleh Ustaz Hasrizal yang lebih famous dengan blog Saifulislam...konfem anda semua familiarkn.jemput2 lar lawat ke blog beliau,insyaallah bnyk input berguna.
Tazkirah yang ringkas,santai dan mudah difahami serta diselangselikan dengan cerita2 bercorak kemasyarakatan amat mudah diterima hatta kanak2 kecil sekali pun.Matlamat bukan lah untuk menambahkan ilmu yang sedia ada tapi lebih kepada menambahfaham ilmu yang sudah difahami dan praktikal.Beberapa soalan provokasi yang diajukan "Apa itu islam?"..."Mengapa umat Islam sekarang makin lemah dan mudah dipermain2kn?...lebih kurang begitu bunyinya. Untuk menjawab soalan pertama,secara ringkasnya,Islam itu boleh, mampu dan mesti diperkatakan dalam semua segi aspek kehidupan.Maknanya xde benda dalam hidup ini yang tidak boleh dikait dengan pandangan menurut syariat Islam.Hanya segerombolan manusia yang kurang faham dan berjiwa tabah memperjuangkan pengecualian agama dari aspek2 tertentu kehidupan..kesian.
Al-Mulk:02"Yang menciptakan mati dan hidup,untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan dia Mahaperkasa,Maha Pengampun........" ayat yang menjelaskan hidup kita sebenarnya tak lain dan tidak adalah untuk menyelesaikan masalah yang tiap2 hari wujud.Eh bunyi macam budak yang masih bersekolah...haa betul lar tue..tapi madrasah Allah untuk melahirkan insan2 yang berkualiti,sedar tanggungjawab sebenar dan tahu arah hidup...masalah harian yang bertubi2 selama 365hari x berapa tahun jangka hayat seseorng itulah tempoh ujian yang genting dalam memilih siapa yang dpat bertahan sampai ke akhirnya...dan ramai yang terbabas sejak dari mula,pertengahan dan hampir2 ke hujung...Sikap terhadap cabaran/kematangan menemukeluar jalan penyelesaian yang m'bezakan "full time" muslim + non-muslim.
"only 10% masalah yang berlaku ke atas kita tetapi 90% b'gantung kepada bagaimana kita bertindak balas terhadap cabaran"...fikirkan..
jadi untuk sambungan nya sile lar lawati saifulislam "Mencari Kemenangan dengan acuan Allah"..insyaallah lebih jelas..
Wednesday, February 13, 2008
masih terlena
Friday, September 21, 2007
r a m a d h a n
memBAZIRrrr!...ianya tercipta apabila wujudnya keperluan yang melebihi dari yang sepatutnya...jarang sekali wujud perkataan atau kata imbuhan tambahan ter- pada kata asas -bazir-...sebabnya agak sukar manusia ter-bazir sesuatu melainkan betul2 luar biasa keadaan itu [berdasarkan pengalaman saya]. Jikalau imbuhan mem- atau pem-an atau pun di-kan selalu lagi keraplah kita temui malah rasai sejak dari kita semua mengenali kewujudan keperluan diri...betul atau tidak hanyalah anggapan hati kecil saya saja...terpulang kepada individu samada untuk setuju atau tidak. Bagaimana jikalau saya katakan ramadhan adalah bulan yang agak memBAZIRrrr...haha bunyi siulanku kali ini agak sumbang tapi itulah fakta ajaib lagi memeningkan yang sedang berlaku, telah berlaku dan akan terus berlaku. Mengapakah? tidakkah lebih sinonim dan selari kiranya bulan ramadhan dipenuhi dengan amal ibadat, sedekah jariah, taddarus, tahajjud dan berJIMAT CERMATtt...bukan membazir...kan fakta terakhir tue agak sumbang. janggal lagi tidak sesuai untuk dipadankan dengan ethics atau amalan selebihnya yang seharusnya dipergiatkan di bulan ramadhan...kalau bulan2 biasa shopping barang2 dapur biasanya 2minggu sekali or paling kurang pun hujung bulan tapi kalau ramadhan menjelma, tiap2 hari pergi shopping...huaaa banyak tue. Jikalau bulan2 biasa tong sampah lambat betul nak penuh tapi kalau bulan ramadhan memberi salam, huhh belum sempat seminggu dah melimpah keluar...kesian pakcik bandaraya kena ambil extra time bekerja...jikalau bulan2 biasa purata berat tulang kering+daging biasanya agak maintain dan julatnya sedikit kecil tapi pabila ramadhan berteriak memberitahu kedatangannya, mulalah nak salahkan mesin penimbang berat..dibilang sudah rosak atau pun 'something wrong with this machine' ..haha siapa yang kurang benar sebenarnya?...jikalau bulan2 biasa cukup jer pinggan mangkuk untuk makan bersama tapi bila ramadhan menggantikan sya'ban, mulalah terdengar suara " kassimmm, pegi kedai dua ringgit kat depan nun hahh belikan 5 set lagi pinggan mangkuk sama gelas...dah xcukup larr"...aduhhh...jikalau bulan2 biasa kat atas meja makan tueh sentiasa bersih je tapi bila bulan ramadhan confirm diumumkan oleh pemegang mohor2 besar di Raja, huh berderet2 pinggang mangkuk yang dah expired berhari2 pun ada sekali [jarang sekali berlaku untuk sesiapa yang dh berfamily]...mengapakah?cuba sintesiskan tindakan kita ini bila ramadhan berakhir nanti...akan bertambah baik, sama dan xberubah2 or lebih mendurum jatuh...insyaallah curilah, rampaslah dan kidnap lah peluang sempena ramadhan yang penuh barakah ini untuk mentarbiah hati dan jiwa kita ke arah yang sepatutnya...ke jalan yang di rahmati. insyaallah sama berusaha...masih belum terlewat....sekiranya anda terkesan kearah positif, insyaallah ianya datang dari Allah, dan yang rapuh dan lemah itu lahir dari diri saya sendiri...salam Ramadhan
Sunday, September 9, 2007
erkk...
Subscribe to:
Posts (Atom)