Bismillah...Assalamualaikum..
Kuala Pilah,15 feb - Air MAta Palestin sudah pun berlangsung dgn jayanya pada jumaat lepas bertempat di masjid jamek yam tuan Raden,Kuala Pilah.Anjuran ISMA [ikatan Islam Malaysia] dan Aman PAlestin, lebih bermotifkan memberi gambaran sebenar dan terkini isu saudara seagama kita di dunia sana.Antara speaker yang hadir Dr. Yusof Abbas+Mejar NAdzri Munsman+Dr ZainurRasyid.Syabas kpd ISMA yang berusaha membawa kefahaman ke serata negara especially tentang permasalahan yg sedang melanda umat Islam seanteronya terutamanya ke Kuala Pilah yang mungkin sedikit kurang termaklum dengan keadaan semasa [mungkin].
Ada juga persoalan yang dihangatkan: apa peranan kita dan bagaimana kita boleh menyumbang.MMg masa sesi soaljawab kerap kali soalan sama diutara cuma susunatur bahasa jer yang berlainan.Peranan yang mudah yang mampu dan boleh anda semua lakukan ialah meng'update diri dengan peristiwa terkini masyarakat Islam e.g palestine etc dan sebarkan.Anda bertanggungjawab menyedarkan masyarakat sekeliling,kejutkan lamunan remeh temeh mereka yang kurang or tidak memberi faedah langsung kepada diri mereka langsung, bersorak berpekik dan terkinja2 menyokong artis pujaan,merelakan diri menderma credit semata-mata memenangkan "penyanyi" yang belum tentu dapat menyumbang kepada masyarakat.Nanti last2 sekali apa yang kamu semua dapat?artis yang disokong itu puun belum tentu kenal kamu semua.PErsoalannya akhir ialah kesan kehadiran artis yang disokong itu kedalam kelompok masyarakat...menjurus kepada kebaikan atau sebaliknya.Bagaimana jika muda-mudi bertambah rosak,mula berkokok2 suara2 individu ayng tidak setuju tapi kena flashback tindakan awalan kamu semua "siapa artis itu tanpa undi anda semua?"..
Anda2 yang sedar ini lah perlu kejutkan masyarakat keliling pinggang supaya undi pula pejuang2 yang bermatlamatkan keredhaan Tuhannya, yang bernaung dibawah akademi Islam,tidak jemu2 berusaha untuk melahirkan suasana dimana kemustahilan sangat2 islam dipijak2 begitu sahaja.Percikan kesedaran dah mula menyala,terpulang kepada anda untuk pastikan ianya nyala lebih besar biar semua orang sedar.
Sebelum itu,td sempat dengar ada ustaz cakap, "jangan ingat semua rezeki yang halal itu diredhai oleh Allah"...mungkin ada sedikit relationship dengan isu palestine,yang mana rezeki yang diperolehi hanya untuk kemaslahatan diri sendiri tanpa peduli nasib seagama...mendermalah seadanya.Fikir2kan lah.
1 comment:
peningnyer bahasa saya...ayoyo
Post a Comment